Join us: Muslim Aid Asia

Zero ke Hero

Belajar Bahasa Arab Cepat

Free Website Hosting

How Can You Help Israel?


During these difficult times, when we can give less to help others, the Israeli organizations that rely on U.S. donations are struggling like never before. The drop in the value of the U.S. dollar means charitable donations buy far less than in the recent past. And with food prices soaring worldwide, the numbers of truly poor, keep rising. The ripple effect from the U.S. financial crisis is devastating to charities and businesses in Israel.

images.jpg gaza_by_latuff.jpg

There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line. One in every three Israeli children is growing up poor- without enough food, without dental care, or shoes that fit. This store is our small attempt to make a difference. Our goal is to make high quality Israeli products easier to find and purchase for U.S. consumers. We urge our customers to support both America and Israel by purchasing MADE IN U.S.A. and MADE IN ISRAEL products whenever possible.

2Israel-not-just-hummus-logoFinal-copy-300x300.jpg Israel-not-just-hummus-logoFinal-copy-300x300.jpg

Conscious spending for everyday needs in this way helps good people keep their jobs. It is a simple way to help counter the economic damage done by terrorists.

Our warehouse is in Baltimore, so you wont have to wait weeks or pay exhorbitant shipping rates to buy MADE IN ISRAEL items. Please browse through our wonderful selection of THOUSANDS of useful, affordable and beautiful items, with favorite brands like Ahava, Premier, Elite, Osem, Halutza, Neca 7, Ayala Bar, Yair Emanuel, Natural Formula, Safed Candles, and with hard-to-find items from small manufacturers and artists too.

supportisrael-160.gif  Rex.jpg


100% of net profits from our internet sales are donated to Israeli charities. (more info)

Please bookmark our site. We update the store with new products and services all the time!

We look forward to serving you.

MINDA BISTARI #40 - UNTA DAN GUNI KOSONG

MINDA BISTARI #40 - UNTA DAN GUNI KOSONG: Mesej teater Imam al-Bukhari - Kebenaran dan Maruah Tak Boleh Ditukar Ganti dengan Habuan Material

Posted On June 4, 2010

(Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 5 Jun 2010)

teater-al-bukhari

Baru-baru ini, Waqaf An-Nur Corporation Bhd (WANCorp) dan Jabatan Mufti Johor menganjurkan pementasan Teater Imam al-Bukhari di Persada Johor, Johor Bahru. Walaupun pertama kali dibawa ke Persada Johor, teater arahan Othman Zainudin dari Magical Theatre (M) Sdn Bhd ini menerima sambutan luar dugaan dan berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 penonton sepanjang dua hari ia dipentaskan. Malahan, pada malam kedua, Persada Johor terpaksa menambah 500 kerusi lagi untuk menampung permintaan penonton.
  
Menjadi cita-cita Johor Corporation (JCorp) menonjolkan Persada Johor (sebagaimana digambarkan oleh pilihan nama bagi kompleks yang indah ini), selain sebagai pusat persidangan dan ekspo, juga sebagai pusat pembangunan budaya, khasnya budaya Melayu. Ini penting bagi mencorakkan dan membentuk jati diri bangsa masa kini kerana kepesatan perubahan kehidupan masyarakat yang dihujani pelbagai sorong-tarik desakan budaya daripada segenap sudut dan latar. 
 
Bangsa Melayu perlu tegas dengan tidak cuma menerima secara pasif segala desakan yang mendatang. Dalam menangani cabaran ini, Melayu perlu segera kembali menyusur akar nilai dan budaya untuk mencari kekuatan baru tanpa kehilangan jati diri. Sebagai umat Islam, kekuatan ini cuma boleh diperoleh menerusi kaedah yang berpegang teguh kepada tali Allah.
 
Dalam usaha ini juga, JCorp sedar tumpuan keterlaluan kepada dimensi ekonomi, bisnes dan mengejar kekayaan semata-mata, seperti yang menjadi teras kepada tanggungjawab dan perjuangannya sebagai sebuah badan korporat, adalah berat sebelah, tidak seimbang, malah tempang lagi berbahaya. Inilah juga antara pertimbangan utama JCorp menubuhkan WANCorp dan menjadikannya wadah utama menerap nilai Islam ke dalam aktiviti bisnes dan amalan korporatnya. 

Justeru, JCorp sengaja memilih untuk menyokong dan memberi keutamaan terhadap usaha meningkatkan kualiti budaya berlandaskan Islam. Dengan adanya inisiatif Jabatan Mufti Johor dan sokongan Yayasan Warisan Johor, JCorp menerusi WANCorp menganjurkan pementasan sulung teater Imam al-Bukhari ini.

Umum mengetahui Imam al-Bukhari seorang ahli hadis dan sejarawan Islam unggul. Beliau banyak berjasa dalam memelihara dan mempertahankan hadis yang menjadi sumber rujukan umat Islam sehingga kini. Justeru penganjuran teater ini adalah satu penghormatan kepada perawi hadis seperti beliau dan diharapkan dapat menimbulkan semangat dan kesedaran di kalangan masyarakat Islam agar menyedari ketabahan, kesungguhan dan keikhlasan perjuangan tokoh Islam terdahulu dalam mempertahankan ilmu Allah swt (al-Quran dan hadis) dan meningkatkan syiar Islam.

Untuk membawa sejarah Imam al-Bukhari ke pentas teater bukan mudah. Imam al-Bukhari adalah tokoh agama dan ulama hadis agung dalam sejarah Islam. Jalan ceritanya perlu digarap dengan berhati-hati agar tidak tersalah pengertian.  Saya percaya Othman berjaya menangani cabaran ini dengan kreativiti dan imaginasi tinggi.
 
Alhamdulillah, setelah mendapat bimbingan dan panduan daripada Mufti Johor, Dato' Tahrir Samsudin dan Jabatan Mufti Johor dalam aspek hukum, konteks sejarah dan agama, akhirnya teater ini menjadi kenyataan.

Saya berpendapat ramai penonton mungkin tidak menyangka seorang ulama besar dan ternama yang disanjung tinggi perlu menjalani hidup penuh dugaan dan penderitaan. Mereka pasti tersentuh melihat cabaran hebat, pahit maung dan penderitaan yang dilalui para ulama besar dulu seperti Imam Hambali, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain dalam menegakkan dan mempertahankan syiar Islam.

Ulama seperti ini sanggup berdepan dengan khalifah dan pemimpin yang sebahagiannya telah terpesong daripada ajaran Islam. Lebih hebat dugaannya apabila khalifah itu tadi termakan hasutan para ahli agama serta 'orang besar' berfahaman muktazilah (cuma mengutamakan akal manusia mengatasi wahyu dalam segala hal) serta mengenepikan hadis.

Saya dapat merasakan betapa besarnya pengorbanan para ulama dahulu sehingga sanggup disiksa dan dihumban ke dalam penjara (Imam Hambali) dan diusir dari negeri (Imam al-Bukhari) akibat fitnah mereka yang dengki, berkepentingan peribadi serta terlalu mementingkan jawatan dan pangkat.

Saya anggap teater tersebut satu pementasan yang berjaya. Alunan muzik iringannya berjaya membentuk suasana dan mencorak emosi sesuai dengan jalan cerita. Begitu juga lakonan barisan artis dari Yayasan Warisan Johor yang mantap lengkap dengan kostum menarik dan berwarna warni serta berjaya menghidupkan pentas. Tegasnya, saya percaya pementasan teater Imam al-Bukhari ini dapat melapangkan dahaga seni budaya di kalangan masyarakat setempat.

Sebenarnya, paling menarik perhatian dan ingin ditekankan dalam rencana kali ini ialah salah satu babak dalam teater tersebut sangat relevan kepada cabaran kehidupan hari ini. Masyarakat kini berhadapan suasana yang mencabar minda, hati dan jiwa yang kadang kala boleh membingungkan.  Kita sedang berhadapan dengan pelbagai desakan idea, fahaman dan pandangan pelbagai sudut yang kerap bertentangan antara satu dengan lain dan kadang kala bercanggah pula dengan pegangan hidup mengikut nilai budaya amalan dan anutan masyarakat.
   
Babak dimaksudkan ialah ketika Darwish, seorang pedagang yang cuba menjual kitab himpunan hadis yang dikatakannya asli dan tulen kepada Imam al-Bukhari. Darwish mendesak agar Imam al-Bukhari membeli kitab-kitab tersebut demi mendapatkan sedikit wang.

Imam al-Bukhari memang terkenal dengan kecekapan dan kehebatannya dalam ilmu hadis. Allah telah mengurniakan kepadanya daya ingatan yang kuat, pemikiran yang tajam dan hati yang bersinar. Malah dalam mengkaji hadis, beliau tidak pernah lupa memohon petunjuk daripada Allah. Justeru dalam pertimbangannya, beliau menjelaskan kepada Darwish bahawa kitab-kitab yang ingin dijualnya perlu dikaji terlebih dahulu agar benar-benar dapat diketahui kesahihannya.

Ketika meneliti kandungan kitab milik Darwish itu, beliau melihat bagaimana Darwish bersusah payah ingin menangkap untanya yang terlepas dengan menggunakan guni kosong sebagai umpan. Timbul persoalan di hatinya bagaimana Darwish mampu menangkap untanya dengan hanya berbekalkan guni kosong. Lalu beliau bertanya kepada Darwish, "Bagaimana kau mahu tangkap unta itu dengan guni? Apa hikmatnya guni ini?"

Darwish segera menjelaskan bahawa kebiasaannya guni itu berisi makanan. Jelas Darwish, apabila unta itu melihat guni ini, maka sangkanya bahawa beliau datang membawa makanan. "Ini namanya tipu muslihat. Apa kau fikir aku harus mengejar unta itu keliling padang pasir ini?", jelas Darwish.

Terlintas di fikiran Imam al-Bukhari andainya Darwish sanggup menipu untanya dengan guni kosong itu, sudah tentulah dia juga sanggup menipu Imam al-Bukhari dan sekelian manusia dengan kitab himpunan hadis yang dikatakan sahih tersebut. Akhirnya Imam al-Bukhari berlalu pergi meninggalkan Darwish dan kitab-kitabnya.

Dalam konteks kehidupan hari ini, jelas sekali pedagang ini menjadi simbolik kepada ramai di kalangan kita yang tidak segan silu sanggup menjual maruah dan harga diri dengan murah, memperdagangkan kebenaran serta melanggar tatasusila dan adab, cuma untuk meraih untung dan sedikit wang. Pada saya, ia juga simbolik kepada golongan materialistik dalam masyarakat yang menganggap orang lain mudah 'dibeli' kerana orang lain juga disifatkan sebagai bersikap materialistik sama seperti mereka.

Babak tersebut jelas membawa mesej bahawa masyarakat harus bijaksana dan berkeupayaan menilai apa yang datang dengan berhati-hati. Mungkin teater Imam al-Bukhari ini berpesan dan mengingatkan kita supaya jangan terlalu mudah ditipu dan dibeli oleh sesiapa dengan harga murah, langsung 'menjual' hak dan kebenaran. 

Juga jelas sekali antara mesejnya supaya kita tidak silau melihat harta kekayaan sehingga terlalu mudah sanggup menjual harga diri dengan harga yang sebenarnya lebih merugikan. Hanya kerana pergantungan hidup kita kepada 'makanan' yang ditaja oleh orang yang lebih berada dan berharta, mereka boleh melakukan sewenangnya untuk menambat hati kita, mengikat jiwa dan menjajah minda kepada kepalsuan, pembohongan dan kesenangan sementara.

Inilah antara pengajaran yang dapat diperoleh daripada pementasan teater riwayat Imam al-Bukhari ini. Beliau begitu banyak berjasa dan berkorban serta menyumbang ilmu dan khidmat bakti yang tiada tolok bandingnya. Beliau hidup di zaman pemerintahan khalifah Abasiyah yang ketika itu menjadi pusat serta kemuncak tamadun manusia paling cemerlang dalam segala bidang, dengan Baghdad sebagai pusat pemerintahan.

Semoga semangat dan kecekalan ulama terdahulu akan dapat dijadikan contoh dan tauladan untuk kita kembali menghayati ajaran Islam. Bersama-samalah kita sedekahkan pahala bacaan al-Fatihah kepada pejuang dan penegak agama Islam yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.


Muhammad Ali Hashim
2 Jun, 2010

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Lawati http://www.stormreaders.net/galeriilmu

atau Anda juga boleh menyertai StormReaders bagi menambah pendapatan anda. StormReaders adalah perniagaan berangkai 100% patuhi syariah menjual buku motivasi & buku agama. Sertai StormReaders hari ini dan menjana pendapatan tambahan serta menyebarkan ilmu yang baik 100% dari rumah secara sambilan. Lawati http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu "