Saintis yang bekerja di Cornell Computational Synthesis Laboratory sedang mengusahakan printer 3D yang berkeupayaan untuk mencetak makanan terutamanya kek dan kuih muih. Cetakkan 3D tersebut dinamakan Solid Freeform Fabrication (SFF) yang digunakan untuk mencetak makanan.
Saintis-saintis tersebut hendak menjadikan printer makanan yang berasaskan picagari akan menjadi satu keperluan seperti microwave oven. Dan mungkin satu hari nanti, anda akan mula mendownload rajah skematik makanan yang anda kehendaki.
Dengan printer makanan itu, anda sudah boleh mencuba pelbagai janis makanan yang terdapat di serata dunia tanpa perlu bersusah payah untuk mencari bahan masakkan yang pelik-pelik dan susah untuk dijumpai di pasaran negara kita. Cuma yang menjadi masalah adalah dakwat printer itu yang merupakan gel atau cairan bahan makanan yang terdiri dari jenis yang tertentu.
Mengenai makanan jenis lain seperti yang berasaskan daging, saya tidak pasti sama ada ianya boleh dicetak atau tidak. Walaupun begitu, dengan adanya pencetak ini, kita tidak perlu lagi memerlukan peralatan memasak. Cuma perlu memuat turun rajah skematik dan tunggu sehingga ia siap dicetak. Sangat mudah dan tak perlu lagi nak tengok dan hafal bahan masakkan dalam rancangan memasak Chef Wan atau Chef Ismail.
Jadi, jika printer makanan ini benar-benar dihasilkan dan di komersialkan, anda tidak perlu lagi mahir dalam masakkan untuk menikmati masakkan yang sedap-sedap. Juga satu kelebihan bagi wanita-wanita yang tidak pandai memasak. Cuma perlu dapatkan printer ini untuk menambat hati suami..
dipetik[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/
[AuraniBakery] www.facebook.com/AuraniBakery