Join us: Muslim Aid Asia

Zero ke Hero

Belajar Bahasa Arab Cepat

Free Website Hosting

Tahukah Anda Apa Itu Kaedah Fonetik?

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan maya semua,


Mungkin ramai di kalangan kawan-kawan tertanya-tanya apa sebenarnya pendekatan Fonetik sebagaimana yang digunakan dalam buku-buku Bacalah Anakku, ReadEasy dan Al-Furqan. Apa kelebihannya dan bagaimana ia dapat membantu anak-anak untuk lebih cepat membaca.

Jika kita imbas kembali kaedah yang biasa kita gunakan iaitu memperkenalkan kanak-kanak kepada nama-nama huruf seperti "B" (dibunyi "bi") atau "Y" (dibunyi "Wai")... kaedah ini sebenarnya tidak banyak membantu bagi menyediakan anak-anak kepada kemahiran membaca. Ini kerana nama-nama huruf tidak menyumbang secara terus dalam pembentukan perkataan.

Tetapi melalui pendekatan Fonetik anak-anak akan diperkenalkan kepada BUNYI huruf seperti "beh" (untuk "B") dan "yeh" (untuk "Y"). Kita sedia maklum yang sesebuah perkataan adalah terbentuk dari kombinasi bunyi-bunyi yang diwakili oleh setiap huruf... dengan menguasai bunyi setiap huruf anak-anak akan lebih mudah untuk membentuk perkataan dari kombinasi bunyi-bunyi ini.

Contohnya "beh"... "aa"... "jeh"... "uu"... bila disebut secara terus dan bersambung akan membentuk perkataan BAJU. Tapi bandingkan jika anak cuba membentuk perkataan dengan cara menyebut nama huruf... "bi"... "ey"... "jey"... "yu"... saya pasti anda sendiri belum tentu dapat meneka apa perkataan yang sepatutnya terhasil, bukan?

Kita sambung lagi nanti, inshaALLAH... untuk ke website AdikBijak sila klik disini


Wslm


"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Puan Rosnita
AdikBijak.com

Copyright © 2006-2008 AdikBijak.com, Malaysia. All R

-------------------------------------------
Nor Azizah Samsudin

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Lawati http://www.stormreaders.net/galeriilmu

atau Anda juga boleh menyertai StormReaders bagi menambah pendapatan anda. StormReaders adalah perniagaan berangkai 100% patuhi syariah menjual buku motivasi & buku agama. Sertai StormReaders hari ini dan menjana pendapatan tambahan serta menyebarkan ilmu yang baik 100% dari rumah secara sambilan. Lawati http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu "