Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan Al Mubarak~
Walaupun hari raya masih lebih 3 minggu lagi, namun, tempahan kuih raya dan biskut raya home made AuraniBakery sudah dimulakan.
Untuk pengetahuan anda, kami amat prihatin dgn kualiti dan kesedapan biskut kami. Terdapat 6 jenis biskut/kuih raya:
1. Choco D'crunch
2. Strawberry Crumble D'crunch
3. Rice Bubble
4. Shantong Delight
5. Almond London
6. Bahulu Ikan
Oleh itu harga kami berada dilingkungan premium. Harga kami amat berpatutan. Anda bebas memilih yang mana anda sukai. Pasti sedap dengan Aura yang tersendiri ^_^
Harga yang kami tawarkan ialah RM10 untuk SATU Balang. Harga ini untuk packaging bukan botol. Jangan takut dengan harga ini, bila anda dah rasa... anda akan katakan harga RM10 murah. Tahun lepas kami terpaksa kecewakan beberapa orang yg order/tambah order lewat. Jika perlukan maklumat selanjutnya, sila sms saya 0137027082.
Tempahan Kuih Raya Biskut Raya Home Made Cookies akan ditutup pada 15 Ogos 2011 (Isnin). Ada berbaki 7 hari lagi. Jadi, lakukan tempahan anda sekarang! Sehingga kini lebih dari 1000balang telah ditempah. Jangan ketinggalan.
Nama biskut nie, d'crunch ^_~
Crunch tue maybe datang dari cornflakes & beras crispy yang ada didalam biskut nie. Bila digigit2, memang ranggup. Hee.
Udah ler kat luar disalut dengan kacang badam dan coklat, kat dalam pun ada rasa kacang gak.
Errr, d'crunch nie bentuknya bulat2, saiz sedang2, susah sikit la nak kunyah kalau makan sebiji masuk mulut sekaligus.
Saya makan pun sikit2. Sebab bagi mulut saya, saiz biskut nie agak besar, heee
Saya memang peminat biskut nie, hee, suka sangat ^_^
✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 20biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.
Anda peminat strawberry?
Anda suka coklat putih & coklat strawberry?
Cuba ni!
STRAWBERRY CRUMBLE D'CRUNCH
✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 25biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.
Anda suka kacang shantong?
Apa?
Tak pernah rasa kacang shantong?
Pernah makan?
Sedapkan?!
Nah! mai cuba Shantong Delight ni.
Sedap!
Anda pasti tak kan kecewa!
Hanya di Aurani Bakery sahaja ^_^
Tempah sekarang biskut raya anda
Jom buat tempahan, sebalang RM10 je.
Bahan utama biskut ni adalah kacang shantong
dan nestum ^_^
✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 20biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.
Biskut warna hijau ala2 Incredible Huck
niee, diberi nama biskut Rice Bubble!
Saya suka biskut ni sebab...
Dalamnya kaya dengan rasa Conflakes
Pastu,
Kat luarnya disalut dengan Beras Crispy yg memberi
keranggupan bila mengigitnya. Heee
^_^ Nyum2
Jangan ketinggalan untuk membuat tempahan
sekarang bagi menceriakan Aidilfitri anda bersama
kami hanya di Aurani Bakery.
✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 25biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.
Almond London
✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 25biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.
Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu.
Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari
kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.
Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu
pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan.
Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa
menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.
Mari cuba Bahulu Ikan dari Aurani Bakery
✿Ada 30biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.
[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/
[AuraniBakery] www.facebook.com/AuraniBakery
Bank Islam sumbang zakat RM7,000 bantu penuntut Politeknik Port Dickson
|
Faisal Jaafar (depan empat dari kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM7,000 kepada Mohd. Kharir Mohd. Ibrahim pada majlis penyerahan bantuan zakat di Politeknik Port Dickson, semalam. |
TELUK KEMANG 10 Feb. - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) memperluaskan tanggungjawab sosialnya dengan menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM7,000 untuk diagihkan di kalangan penuntut Politeknik Port Dickson kurang berkemampuan di sini hari ini.
Pengurus Wilayah Selatan BIMB, Faisal Jaafar berkata, sumbangan wang zakat itu merupakan tanda keprihatinan dalam usaha membantu golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka.
''Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban mereka disamping mampu menyuntik semangat agar mereka sentiasa bermotivasi dalam menuntut ilmu," ujarnya.
Faisal berkata demikian ketika majlis penyerahan bantuan kepada seramai 25 pelajar berkenaan di Politeknik Port Dickson di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Politeknik Port Dickson, Mohd. Kharir Mohd. Ibrahim.
Jelas Faisal, inisiatif tersebut juga seiring dengan hasrat pihak Politeknik dan kerajaan dalam usaha membangunkan modal insan yang cemerlang ke arah melahirkan pelapis pemimpin negara pada masa hadapan.
''Diharap ia dapat membantu merancakkan lagi program kebajikan yang dijalankan oleh pihak Politeknik ,selain mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua pihak," katanya.
Tambahnya, setakat ini Bank Islam telah memberikan sumbangan zakat berjumlah RM 110,000 kepada pelajar kurang bernasib baik di 27 Politeknik seluruh negara.
Sementara itu, bagi penerima sumbangan Norashikin Muslim, 23, pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik, sumbangan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos perbelanjaan pengajiannya.
Katanya, kesemua kos perbelanjaan yang diperlukan telah ditanggung oleh kakaknya yang menetap di Kuala Lumpur memandangkan ibu dan bapanya telah meninggal dunia lima tahun dulu.
''Mujurlah kakak dapat membantu saya meneruskan pelajaran dan saya amat berterima kasih atas sumbangan ini kerana ia boleh mengurangkan beban saya," ujarnya.
Seorang lagi penerima, Mohd. Naim Nazri, 22, dari jurusan Diploma Teknologi Pembuatan, berkata, duit yang diterima dapatlah menampung kos yuran peperiksaan.
''Saya amat berterima kasih kerana bantuan yang diberikan setidak-tidaknya dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung selama ini kerana pendapatan bapa hanya melalui wang pencen yang diterima pada tiap-tiap bulan," ujarnya.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=utusan_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm&arc=hive
--
[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/
BIMB Invest sasar kendali RM500 juta
|
|
KUALA LUMPUR 18 Mac - BIMB Investment Management Bhd. (BIMB Invest) yakin mampu mencapai sasaran untuk menguruskan aset bernilai lebih RM500 juta menjelang akhir tahun ini melalui pelancaran beberapa produk baharu sepanjang tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Junaida Abdul Jalal berkata, BIMB Invest akan meningkatkan produknya kepada dua lagi, masing-masing akan dilancarkan pada suku ketiga dan sebelum penghujung tahun ini.
BIMB Invest kini mengendalikan aset sebanyak RM383 juta melalui lima produknya iaitu BIMB i Growth, ASBI Dana Al-Munsif, ASBI Dana Al-Falah, ASBI Dana Al-Fakhim dan BIMB Invest Money Market Fund.
Pada satu majlis yang diadakan di sini hari ini, BIMB Invest melancarkan BIMB i Dividend Fund, sebuah dana ekuiti yang menyediakan pelabur pulangan yang stabil dan pertumbuhan modal pada jangka sederhana dan panjang.
Ini adalah dana keenam yang diuruskan oleh BIMB Invest.
Dana itu sesuai bagi pelabur yang mahu mempelbagaikan portfolio pelaburan Syariah dan mempunyai risiko sederhana dan tinggi. Junaida berkata, dana itu akan dilaburkan dalam ekuiti Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
''Antara ekuiti yang mempunyai rekod prestasi baik ialah telekomunikasi, pembinaan, produk pengguna dan perladangan,'' kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran itu.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi BIMB Invest dan Pengarah Urusan Bank Islam (M) Bhd., Datuk Seri Zukri Samat.
Junaida berkata, dana yang akan dilaburkan itu membabitkan 70 peratus hingga 98 peratus daripada Nilai Aset Bersih (NAB) dan minimum 2.0 peratus hingga 30 peratus NAB dalam tunai dan sama nilai dengannya.
Beliau menambah, dana yang bakal dilaburkan itu adalah kurang kemeruapan jika dibandingkan dengan pasaran ekuiti yang lebih besar. Sebagai permulaan BIMB Invest menawarkan sejumlah RM250 juta dengan tawaran harga sebanyak RM0.25 sen seunit mulai hari ini selama 21 hari.
Pelaburan bagi produk baharu adalah sekurang-kurangnya RM500 dengan penambahan minimum boleh dibuat sebanyak RM100 untuk tempoh tiga dan lima tahun. Sementara itu, Zukri berkata, sempena pelancaran produk terbaharu itu, BIMB Invest akan mendermakan 0.30 peratus daripada lima peratus kadar bayaran jualan kepada rumah-rumah kebajikan.
''Inilah kelainan produk pelaburan yang ditawarkan oleh BIMB Invest berbanding produk lain,'' ujarnya. Mengulas tentang sumbangan itu, Zukri berkata, ia akan diberikan kepada satu rumah kebajikan di setiap negeri.
source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0319&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm&arc=hive--
[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/
[Unit Trust Consultant: Amanah Saham Bank Islam] http://www.facebook.com/UnitTrusts
3 dalam 1
Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Syurga dan Murabbi Cinta
Sabah/Sarawak: Tambahan RM 10
Luar Negara: Please advise location
Sesuai dijadikan hantaran perkahwinan
Sesuai dijadikan hadiah perkahwinan
Sesuai dijadikan hadiah buat tersayang
Kumpulan RAIHAN
TV3
Aku Terima Nikahnya karya Hasrizal Abdul Jamil bukan sekadar retorik. Falsafah cinta yang diutarakan tidak tertumpu pada cinta Adam dan Hawa, tetapi melampaui kehidupan selepas "Aku terima nikahnya…" dilafazkan oleh bakal suami. Tulisannya tertumpu pada memulihara dan 'survival' sebuah perkahwinan. DOs and DON'Ts yang dikongsikan wajar dijadikan rujukan bagi pasangan yang mahu atau telah berumah tangga. Sebuah buku yang amat relevan untuk masa kini. Patut dimiliki oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat.
Pensyarah/Perunding Motivasi
Sabah/Sarawak: Tambahan RM 10
Luar Negara: Please advise location
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CORETAN PENULIS
--
[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/