Join us: Muslim Aid Asia

Zero ke Hero

Belajar Bahasa Arab Cepat

Free Website Hosting

Gagal Kuasai Ilmu Kerana Kurang Kemahiran Membaca


 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada rakan2 maya,

Gagal Kuasai Ilmu Kerana Kurang Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merupakan asas yang membolehkan anak-anak menguasai pelbagai ilmu-ilmu yang lain. Tidak mungkin anak-anak akan dapat menimba ilmu dengan baik sekiranya dia tidak boleh membaca. Ini kerana apa sahaja ilmu baik Matematik, Sains, Bahasa dan lain-lain memerlukan anak-anak menterjemah "kumpulan simbol-simbol" (yang kita panggil "perkataan") yang memberikan maklumat tentang ilmu yang disampaikan.

Menurut kajian... ramai murid yang gagal mempamerkan kemajuan atau kecemerlangan dalam akademik dan peperiksaan adalah berpunca dari kegagalan mereka menguasai kemahiran membaca. Murid yang merangkak-rangkak dalam membaca sebenarnya menghabiskan terlalu banyak masa cuba mengenali perkataan sedang apa yang sepatutnya dilakukannya adalah memahami keseluruhan konteks ayat. Mereka mungkin boleh mengenali bunyi perkataan tetapi atas sebab yang dinyatakan tadi... mereka gagal memahami maklumat yang cuba disampaikan

Ini tentunya berbeza dengan anak-anak yang mahir dalam membaca di mana penterjemahaan simbol-simbol menjadi perkataan berlaku secara otomatik dan masa yang optimum dapat digunakan bagi menganalisa ayat-ayat yang mengandungi maklumat berguna.

Apa tanggungjawab kita sebagai ibu bapa?

Kita tidak seharusnya menyerahkan bulat-bulat pendidikan anak-anak kepada tadika dan sekolah semata-mata. Kita mesti proaktif dan memainkan peranan utama dalam pendidikan anak-anak. Dan ini mestilah bermula sedari awal dan bermula dari rumah.

Kesuntukan masa tidak boleh dijadikan alasan... kerana pendidikan anak-anak di peringkat awal ini sebenarnya tidak mengambil masa yang panjang. Kita hanya perlukan 5 - 20 minit setiap sessi.

Pilihlah bahan-bahan pendidikan yang baik seperti Bacalah Anakku, ReadEasy dan Al-Furqan yang telah dibentuk secara sistematik agar boleh digunakan oleh ibu-bapa bagi mengisi 5 - 20 minit ini dengan cara terbaik.

Contohnya... luangkan masa selepas solat untuk mengajar anak mengenali Al-Quran melalui sistem Al-Furqan. Hanya 5 minit diperlukan untuk setiap sessi. Atau luangkan 5 minit selepas makan malam atau sebelum tidur untuk mengajarnya membaca. Tak pun anda boleh pasang kaset/CD yang dibekalkan bersama-sama set-set pendidikan ini ketika di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau semasa bersiar-siar sekeluarga.

Masa depan anak-anak di tangan kita. Berikan yang terbaik untuk mereka.

Saya sambung lagi nanti... 

 

"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Puan Rosnita
AdikBijak.com


Klik disini untuk ke laman AdikBijak