Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah".
Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:
"Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya".
Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:
"Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad" Rasulullah s.a.w ditanya: "Musibah apakah ya Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab: "Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan". "Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?", "Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan".
Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.
Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.
Seterusnya terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:
"Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir", kata seorang sahabat, "Ya Rasulullah! Adakah kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?", Jawab Nabi: "Mereka juga adalah makhluk Allah. Hakikatnya sedekah itu jatuh pada tangan Tuhan Yang Maha Merahmati".
Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.
Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.
Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.
Dari Zaid bin Thabit berkata: "Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: "Berapakah jarak antara keduanya?" Ujar Nabi s.a.w: "50 ayat (lebih kurang 15 minit)".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
أهلا يا رمضان
--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.
"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu
ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U. StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/
mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com
Filed under: